LAWATAN
Saya berminat untuk melawat GENIUS Kurnia, apa yang perlu saya lakukan?
Pelawat dialu-alukan di GENIUS Kurnia. Pelawat akan dibawa melawat kemudahan-kemudahan kami untuk mempelajari tentang amalan-amalan berasaskan bukti untuk kanak-kanak yang mengalami autisme dan keluarga masing-masing.
MAKLUMAT LAWATAN
- GENIUS Kurnia menerima hanya satu kumpulan pelawat setiap bulan.
- Maksimum 20 orang sahaja dibenarkan bagi setiap kumpulan.
- Kanak-kanak dan individu di bawah umur 18 tahun tidak dibenarkan melawat.
- Tempoh masa lawatan adalah selama 4 jam, bermula pada jam 9.00 pagi hingga 1 petang. Mohon hadir tepat pada masa yang ditetapkan.
- Sila kemukakan borang permohonan ini melalui e-mel sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum tarikh lawatan ke [email protected] atau faks ke 03-4026 8281 (Untuk Attn: Mr.Syafiq bin Sudin)
- Sila mematuhi kod etika pakaian GENIUS Kurnia.
- Tidak membawa sebarang makanan atau minuman.
- Pelawat tidak dibenarkan mengambil gambar-gambar pelajar GENIUS Kurnia tanpa kebenaran yang bertulis daripada ibu bapa.
- Pelawat tidak dibenarkan mengambil mana-mana item (cth buku) dari GENIUS Kurnia kecuali nota-nota atau risalah-risalah yang disediakan .
- Tidak dibenarkan mengganggu pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
- Apa-apa perbuatan mengenai pendedahan maklumat mengenai pelajar, kakitangan atau maklumat sulit GENIUS Kurnia dan menjalankan aktiviti/ intervensi yang bertentangan dengan amalan pusat ini, contohnya, memberi tambahan kepada pelajar, tanpa kebenaran terlebih dahulu daripada Pengarah GENIUS Kurnia akan dihukum.
- Pengunjung mesti menandatangani borang perjanjian sebelum memulakan lawatan mereka di GENIUS Kurnia.