PROGRAM PENYELIDIKAN
Saya ingin membuat satu penyelidikan di GENIUS Kurnia, bagaimana boleh saya memohon?
MAKLUMAT MENJALANKAN PENYELIDIKAN
- Mengisi borang permohonan penyelidikan dan menyerahkannya kepada GENIUS Kurnia dua bulan sebelum tarikh mula penyelidikan.
- Memohon kelulusan etika daripada Daftar Penyelidikan Perubatan Kebangsaan (NMRR) atau Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (EPRD) atau universiti. Kelulusan ini mesti dikemukakan bersama-sama dengan dokumen lain untuk menjalankan penyelidikan di GENIUS Kurnia .
- Menyediakan resume ringkas penyelia penyelidikan dan satu salinan cadangan penyelidikan.
- Pembentangan cadangan penyelidikan untuk kelulusan GENIUS Kurnia.
- Semua dokumen hendaklah dihantar melalui e-mel ([email protected]) atau faks ke 03-4026 8281.
- Berikut adalah syarat-syarat dan peraturan-peraturan bagi menjalankan penyelidikan di GENIUS Kurnia:
- Sila mematuhi kod etika pakaian GENIUS Kurnia.
- Pemohon tidak dibenarkan untuk mengambil gambar-gambar pelajar dalam GENIUS Kurnia tanpa kebenaran yang bertulis daripada ibu bapa.
- Pemohon tidak dibenarkan untuk mengambil mana-mana item (cth buku) dari GENIUS Kurnia kecuali nota-nota atau risalah-risalah yang disediakan.
- Sila tidak mengganggu intervensi atau sesi yang dijalankan.
- Sebarang pelanggaran kerahsiaan e.g pendedahan maklumat GENIUS Kurnia atau melaksanakan intervensi yang tidak memenuhi standard GENIUS Kurnia akan mengakibatkan penamatan penyelidikan.
- Pemohon mesti menandatangani borang perjanjian sebelum memulakan penyelidikan mereka di GENIUS Kurnia.