Pusat Pendidikan Awal Kanak-kanak GENIUS (Integrasi GENIUS)
Pengenalan
GENIUS Kurnia Putrajaya merupakan cawangan baharu Pusat Kecemerlangan Intervensi Awal GENIUS Kurnia, Sentul. GENIUS Kurnia Putrajaya dikenali sebagai Pusat Pendidikan Awal Kanak-Kanak (Integrasi) GENIUS.
GENIUS Kurnia Putrajaya menjalankan intervensi awal kepada kanak-kanak autisme menggunakan strategi berasaskan bukti dan kandungan pembelajaran yang digariskan Pusat GENIUS Kurnia, Sentul.
PUSAT Pendidikan Awal Kanak-kanak GENIUS (Integrasi GENIUS) yang turut meletakkan Pusat Kanak-kanak GENIUS Negara mula beroperasi pada Mac 2020. Kakitangan dan kanak-kanak GeniUS Integrasi berkongsi kemudahan seperti dewan, ruang makan, taman permainan, surau dan lain-lain.
Kemasukan
Prosedur kemasukan ke GENIUS Kurnia Putrajaya adalah sama seperti Pusat GENIUS Kurnia, Sentul iaitu melalui rujukan panel pegawai perubatan.
Selepas panel pegawai perubatan mengesahkan diagnosis autisme, borang referal akan dihantar ke Pusat GENIUS Kurnia, Sentul.
Pusat GENIUS Kurnia, Sentul akan menghubungi ibu bapa untuk menawarkan kemasukan di Putrajaya.
Rujuk senarai panel pegawai perubatan di sini.
HUBUNGI KAMI
Pusat Pendidikan Awal Kanak-kanak GENIUS
(Integrasi GENIUS)
Jalan P11F, Presint 11,
62300 Putrajaya
Emel: [email protected]
Telefon : +60 3-8861 3655