MENGENAI PIBI

Ibu bapa dan Ahli Intervensi (PIBI) adalah sebuah Persatuan Ibu bapa dan ahli intervensi di GENIUS Kurnia. PIBI berhasrat untuk menggalakkan kerjasama antara ibu bapa dan GENIUS Kurnia untuk meningkatkan kemajuan dan pencapaian kanak-kanak yang mengalami autisme. PIBI secara rasminya didaftarkan di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia pada 14 Mac 2016. Terdapat pelbagai acara yang dianjurkan oleh PIBI sepanjang tahun untuk memberi kesedaran.

Objektif

  1. Untuk mengadakan forum dan perkhidmatan bagi kebajikan dan kemajuan kanak-kanak tersebut di GENIUS Kurnia.
  2. Menggalakkan kerjasama antara ibu bapa dan pegawai intervensi demi kesejahteraan kanak-kanak dan perkembangan GENIUS Kurnia.
  3. Memberi peluang kepada pegawai intervensi dan ibu bapa di pusat ini berunding antara satu sama lain berkenaan pendidikan anak-anak mereka.
  4. Memastikan supaya kanak-kanak di GENIUS Kurnia memperolehi faedah maksimum daripada kemudahan-kemudahan pelajaran mereka.
  5. Memastikan supaya kanak-kanak di GENIUS Kurnia mempunyai sumber-sumber yang diperlukan untuk membuat aktiviti di pusat dan rumah.
  6. Mewujudkan persekitaran yang sihat supaya membolehkan kanak-kanak mencapai perkembangan secara menyeluruh (holistik).

INISIATIF CAKNA AUTISMA™

CaknaAutisma™ dicipta oleh PIBI sebagai lambang perpaduan bagi ibu bapa dan pegawai intervensi. Logo "puzzle-teddy bear" menjadi satu simbol PIBI dalam usaha meningkatkan kesedaran mengenai autisme.Logo ini digunakan secara meluas oleh PIBI di dalam semua acara dan penjanaan dana yang dijalankan.

AKTIVITI YANG DIANJURKAN OLEH PIBI