Orang Kelainan Upaya (OKU)

Mengikut Akta Orang Kurang Upaya 2008, "OKU termasuklah mereka yang mempunyai kekurangan jangka panjang fizikal, mental, intelektual atau deria yang apabila berinteraksi dengan pelbagai halangan, boleh menyekat penyertaan penuh dan berkesan mereka dalam masyarakat"

Pendaftaran Orang Kelainan Upaya (OKU)

  • Pendaftaran OKU didaftar di Jabatan Kebajikan Masyarakat. Individu berkeperluan khas digalakkan mendaftar untuk menjejaki statistik jumlah individu berkeperluan khas mengikut kategori di Malaysia.
  • Maklumat ini membolehkan kerajaan merancang perkhidmatan dan kemudahan untuk keperluan individu OKU. Manakala bagi individu OKU yang telah berdaftar, mereka akan menerima pelbagai perkhidmatan.
  • Pendaftaran OKU tidak diwajibkan dan bergantung kepada pertimbangan ibu bapa atau penjaga untuk mendaftar. Ibu bapa bertanggungjawab terhadap masa depan anak dan perlu sedar bahawa peruntukan daripada kerajaan mengambil kira statistik pendaftaran.
  • Perancangan untuk memperkasakan perkhidmatan kepada individu berkeperluan khas sukar dilakukan sekiranya ibu bapa ragu-ragu atau enggan mendaftar. Pendaftaran OKU bukan bertujuan mendiskriminasi individu berkeperluan khas. OKU card will not lessen or increase your child's disabilities.