TANDA-TANDA AWAL AUTISME
Autisme boleh didiagnosis seawal usia kanak-kanak 18 bulan.
Meskipun begitu, tanda-tanda awal autisme yang ditunjuk oleh seorang kanak-kanak autisme adalah berbeza. Ada yang menunjukkan tanda-tanda sejak bayi. Ada juga dalam kalangan mereka yang mula menunjukkan tanda - tanda semasa berusia 2 hingga 3 tahun. Oleh itu, adalah amat penting bagi ibu bapa untuk mengetahui mengenai perkembangan kanak-kanak. Hal ini membolehkan Ibu bapa dan penjaga mengetahui sama ada kanak-kanak mencapai perkembangan yang sesuai dengan usia.
Jika kanak-kanak menunjukkan tanda-tanda berikut, kanak-kanak mungkin berisiko mengalami autisme. Oleh itu, segeralah berjumpa dengan doktor untuk saringan awal.

Tanda-tanda awal autisme yang lain
- Kehilangan kebolehan bertutur dan kemahiran sosial
- Mengelak kontak mata
- Suka menyendiri
- Sukar memahami perasaan orang lain
- Perkembangan bahasa yang lewat
- Mengulang perkataan yang didengari (echolalia)
- Tidak menyukai perubahan dalam rutin harian atau persekitaran
- Minat yang terhad : sangat suka kepada permainan tertentu seperti dinasour, kereta, blok-blok
- Tingkah laku berulang : mengibas-gibas tangan, berpusing-pusing, mengoyang-goyang badan
- Menunjukkan reaksi sensitif atau kurang sensitif kepada bunyi, bau, rasa, tekstur, cahaya dan warna : Contoh berasa sakit dengan bunyi yang kuat