Cabaran membesarkan anak yang mengalami autisme

Cabaran yang dihadapi oleh ibu bapa yang mempunyai anak yang mengalami autisme memberi kesan kepada fisiologi dan kesejahteraan ibu bapa. Kajian mendapati ibu menghadapi cabaran lebih besar berbanding bapa. Kesukaran yang dihadapi disebabkan pelbagai faktor seperti tahap autisme anak, kurang sistem sokongan dan label daripada masyarakat sekeliling. Video ini menceritakan kepayahan dan kecekalan dua orang ibu yang tabah dan positif dalam membesarkan anak yang mengalami autisme.