Saya sangat tertekan!

Ibu bapa yang mempunyai anak yang mengalami autisme menghadapi pelbagai cabaran. Salah satu cabaran utama adalah untuk menghadapi tingkah laku negatif anak seperti mengamuk. Mereka juga perlu mengurus masa untuk sesi intervensi anak bersama doktor atau ahli terapi. Maka tidak hairanlah ibu bapa yang mempunyai anak yang mengalami autisme turut mengalami tekanan. Video ini Dr Kartini Ilias, Perunding Psikologi Klinikal daripada Universiti Teknologi Mara berkongsi tip berguna bagaimana ibu bapa boleh menangani tekanan. Kami berharap menerusi video ini ibu bapa boleh mempelajari bagaimana untuk menangani tekanan supaya mereka boleh fokus untuk membantu anak mereka membesar dengan gembira dan baik.