GENIUS KURNIA LIVE WORKSHOP
I want to learn more about autism!
A series of workshops held on GENIUS Kurnia Facebook to enhance knowledge and skills in managing and educating children with autism. These workshops are specifically organized for parents, but all are welcomed.
In depth discussion on autism will be given by GENIUS Kurnia’s interventionists and guest speakers. The workshops are conducted in GENIUS Kurnia Facebook once a month.
List of GENIUS Kurnia LIVE workshop topics.
2022
SINOPSIS
“Alamak, sekolah dah nak bermula. Bersediakah anak-anak untuk ke sekolah?”
“Apa yang ibu bapa perlu sediakan ya?”
Ibu bapa pasti ingin tahu strategi paling berkesan untuk menyokong keperluan anak sebelum dan semasa anak berada di sekolah.
Jangan bimbang, kami akan membantu ibu bapa untuk merungkaikan segala kegusaran bersama-sama panel jemputan yang berpengalaman.
Jom tonton video ini:
SINOPSIS
“Belum sempat bertenang dengan Covid, banjir pulak melanda kami”😓
“Stress betul bila anak mengamuk nak ke sekolah!”
“Normal ke tekanan yang saya alami ni?”
Keluarga kanak-kanak berkeperluan khas mungkin menghadapi tekanan emosi yang tinggi ketika menghadapi pasca bencana dan mereka merupakan golongan terpencil yang tidak didendangkan dalam media sosial.
Topik ini akan membincangkan fungsi professional dalam membantu kanak-kanak bekeperluan khas menghadapi bencana dalam kehidupan mereka dan pengalaman seorang ibu berhadapan dengan bencana covid dan banjir bersama anak autisme.
Jom tonton video ini:
SINOPSIS
Topik ini membincangkan mengenai persediaan dan pelaksanaan playgroup bagi kanak-kanak berkeperluan khas bersama kanak-kanak tipikal.
Ibu bapa, guru dan sesiapa sahaja yang berminat mengetahui dengan lebih lanjut mengenai pelaksanaan dan kebaikan playgroup ini, ayuh bersama-sama kami melalui perkongsian kali ini.
Selain itu, tak lupa juga tentang kepentingan inklusif untuk semua kanak-kanak serta tips mengenai penglibatan komuniti ke arah inklusif juga akan dikongsikan.
Jom tonton video ini:
SINOPSIS
“Anak saya Sindrom Down boleh ke sekolah inklusif?”😔
“Anak saya masih perlu banyak bantuan untuk berdikari, boleh ke survive di sekolah ni?”😓
Haa mesti ramai ibu bapa di luar sana masih ragu-ragu dan tertanya-tanya potensi anak sindrom down mereka betul?🤫
Topik ini memberi gambaran kepada masyarakat khususnya ibu bapa dan guru dalam menilai potensi dan tahap berdikari kanak-kanak sindrom down bagi mewujudkan peluang ke arah inklusiviti dalam pendidikan untuk mereka.
Jom tonton video ini:
SINOPSIS
Anak tak dapat bagi perhatian semasa ibu bapa bercerita?
Anak tak duduk dan fokus dengan cerita yang diceritakan?
Boleh ke buat aktiviti membaca cerita dengan kanak-kanak autisme?
Jom kita dapatkan tips dan teknik membaca bersama anak agar amalan membaca dapat dijadikan sebagai budaya.
Topik ini membincangkan mengenai kepentingan membaca bersama-sama anak berdasarkan sudut pandangan ibu bapa, Pegawai Terapi Pertuturan dan Bahasa serta Pegawai Intervensi.
Topik ini juga membolehkan ibu bapa dan para guru mempelajari strategi serta teknik membaca bersama-sama anak berkeperluan khas khususnya untuk kanak-kanak autisme.
Jom tonton video ini:
SINOPSIS
“Betul ke gajet dan internet boleh buat anak-anak ketagihan?”
“Anak-anak saya makin suka menyendiri, kadang-kadang ada menunjukkan tingkah laku agresif”
Aduh! Adakah kita sudah terlambat untuk mencegah? Benarkah ancaman siber terhadap kanak-kanak bakal memberikan impak negatif yang berpanjangan?
Bagi merungkai persoalan anda, mari sertai kami secara dalam talian dan ketahuilah bagaimana peranan ibu bapa mampu mengatasi ancaman yang semakin berleluasa ini.
Jom tonton video ini:
SINOPSIS
Topik ini membincangkan mengenai persediaan dan pelaksanaan playgroup bagi kanak-kanak berkeperluan khas bersama kanak-kanak tipikal.
Ibu bapa, guru dan sesiapa sahaja yang berminat mengetahui dengan lebih lanjut mengenai pelaksanaan dan kebaikan playgroup ini, ayuh bersama-sama kami melalui perkongsian kali ini.
Selain itu, tak lupa juga tentang kepentingan inklusif untuk semua kanak-kanak serta tips mengenai penglibatan komuniti ke arah inklusif juga akan dikongsikan.
Jom tonton video ini:
2021
SINOPSIS
Apakah PdPR yang sesuai untuk membantu murid berkeperluan khas (MBK)?
Adakah PdPR dapat memastikan keberhasilan dan perkembangan MBK?
GENIUS Kurnia membawakan panel hebat dalam kalangan profesional dan ibu bapa MBK untuk membincangkan mengenai PdPR.
Jom tonton video ini:
SINOPSIS
“Alamak, sekolah dah nak bermula. Bersediakah anak-anak untuk ke sekolah?”
“Apa yang ibu bapa perlu sediakan ya?”
Ibu bapa pasti ingin tahu strategi paling berkesan untuk menyokong keperluan anak sebelum dan semasa anak berada di sekolah. Jangan bimbang, kami akan membantu ibu bapa untuk merungkaikan segala kegusaran bersama-sama panel jemputan yang berpengalaman.
Jom tonton video ini:
SINOPSIS
Cabaran yang dihadapi oleh ibu bapa yang mempunyai anak berkeperluan khas memberi kesan kepada fisiologi dan kesejahteraan ibu bapa.
Kesukaran yang dihadapi disebabkan pelbagai faktor seperti tahap anak, kurang sistem sokongan.
Dr. Kartini Ilias akan menerangkan lebih lanjut pengurusan tekanan kepada ibu bapa.
Jom tonton video ini:
SINOPSIS
Pendaftaran OKU bukan bertujuan mendiskriminasi individu berkeperluan khas. Individu berkeperluan khas digalakkan mendaftar untuk menjejaki statistik jumlah individu berkeperluan khas mengikut kategori di Malaysia.
Maklumat ini penting untuk membolehkan kerajaan merancang perkhidmatan dan kemudahan untuk keperluan individu OKU. Bagi individu OKU yang telah berdaftar, mereka layak menerima pelbagai kemudahan dan perkhidmatan.
OKU card will not lessen or increase your child’s disabilities.
Jom tonton video ini:
SINOPSIS
Semasa tempoh pandemik ini, murid-murid berkeperluan khas mengikuti pengajaran dan pembelajaran dalam talian. Mereka juga tidak terkecuali menghadapi pelbagai cabaran. Oleh itu, penggunaan teknologi bantuan kepada murid berkeperluan khas merupakan salah satu sokongan dan penyesuaian supaya mereka boleh mempelajari kandungan pembelajaran yang sama dengan rakan tipikal.
Kami bawakan 2 penceramah berpengalaman yang akan berkongsi lebih lanjut mengenai Digital Inclusion kepada murid berkeperluan khas.
Jom tonton video ini:
SINOPSIS
“Apakah caranya supaya ibu bapa memberi kepercayaan kepada guru?
“Bagaimana saya nak bantu guru untuk memahami keperluan anak saya semasa tempoh pandemik ini?”
Pasti persoalan ini bermain di fikiran ibu bapa dan guru dalam memastikan pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan kepada anak dengan lebih berkesan.
Tunjang utama yang dapat membantu proses ini adalah dengan mewujudkan kolaboratif yang positif antara ibu bapa dan guru terlebih dahulu.
Kami bawakan penceramah yang berpengalaman dalam dinamik keluarga akan berkongsi mengenai Topik Kolaboratif Bersama Ibu Bapa.
Jom tonton video ini:
SINOPSIS
Tinggal beberapa bulan sebelum persekolahan akan bermula. Banyak kemahiran yang anak saya belum kuasai. Macam mana nak bantu anak saya bersedia ke sekolah 🤔?”
“Anak saya kurang beri kerjasama semasa pembelajaran dalam talian. Apa yang perlu saya lakukan 😕?”
Ibu bapa mungkin tertanya-tanya apa sokongan yang perlu disediakan bagi membantu anak bersedia ke sekolah dan pada masa yang sama bersedia dengan kemungkinan untuk menyambung pembelajaran dalam talian di rumah dalam era pandemik ini.
Pegawai Intervensi Pusat GENIUS Kurnia akan berkongsi sokongan yang sesuai bagi menyokong pendidikan anak sebelum anak ke sekolah dan juga pembelajaran dalam talian.
Jom tonton video ini:
SINOPSIS
“Anak saya boleh faham ke Pendidikan Seksualiti ni?”
“Macam mana saya nak ajar anak saya?”
Kami ada jawapannya! Jom bersama dengan Akhi Fairuz yang juga merupakan perunding motivasi, aktivis dan penulis yang sangat aktif di media sosial. Beliau juga memberi pendedahan kepada ibu bapa dan penjaga untuk memahami kepentingan Pendidikan Seksualiti kepada kanak-kanak.
Jom tonton video ini: